Back

SEKOLAH MUSLIM CARE MALAYSIA TURKI – SYRIA

RM10.00RM1,000.00

Clear
SKU: SCST Category:
Description

Description

Konflik di Syria yang bergolak sejak 2011 telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dan mensasarkan penduduk awam tidak kira orang tua, anak kecil, muslimat mahupun muslimin. Akibatnya, ramai rakyat Syria yang terpaksa lari ke negara jiran termasuk di Turki dan hidup dalam keadaan serba daif.

Mereka terpaksa hidup dalam pelarian sehingga pendidikan anak-anak Syria terabai selain ada yang langsung tidak tahu menulis dan membaca akibat perang di Syria. Bahkan ada yang tidak mengetahui perkataan “Allah”.

Sehubungan itu, MCM terpanggil untuk membantu menyediakan premis pendidikan bagi menyediakan platform bagi anak-anak Syria ini menimba ilmu secara percuma.

Sekolah Muslim Care yang terletak di Rayhaniyyah, Turki bersempadan dengan Syria kini menampung 1,500 pelajar terdiri daripada anak yatim dan pelarian Syria.

Muslim Care Malaysia mempunyai empat sekolah di Reyhanli, Turki iaitu Sekolah El-Hayat, Sekolah An-Najah, Sekolah Rendah Mustafa Kamal dan Sekolah Menengah Muslim Care. Manakala di dalam Syria MCM mempunyai sebuah sekolah rendah di wilayah Idlib

Setelah 6 tahun beroperasi, dengan perbelanjaan yang sepenuhnya ditanggung oleh MCM, kini sekolah Muslim Care Malaysia berkemungkinan untuk ditutup kerana tidak mencukupi dana kewangan yang mencukupi.

Kami menjemput anda semua untuk membantu kami bersama-sama untuk meneruskan operasi sekolah ini untuk rakyat Syria.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00