DANA KECEMASAN RUMAH TERBAKAR

RM5.00RM1,000.00

Clear
SKU: DKRT Category:
Description

Description

API MEMUSNAHKAN RATUSAN RUMAH AIR TAWAU

Raungan ketakutan kedengaran dalam suasana sangat mencemaskan dengan para ibu berlarian sambil mengendong anak-anak demi menyelamatkan nyawa daripada dibakar api yang sedang memusnahkan ratusan rumah mereka di perkampungan air Batu 4.

Muslim Care Malaysia melancarkan dana kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa yang kehilangan segalanya ini dan sehingga jam 10 malam ini, telah dilaporkan api masih membakar rumah-rumah di kawasan sekitar.

Ayuh kita bersama-sama membantu bagi meringankan mangsa-mangsa yang terlibat dengan mengumpulkan RM100k, agar bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan ke atas ujian yang menimpa mereka.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
(Al Imran 115)

Untuk menyumbang secara online, sila klik link di bawah atau klik pada butang “Donate Now”.

Semoga sumbangan kita semua diberkati dan dirahmati.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00