Back

Iftar & Sahur Ramadan Syria

RM1.00RM1,000.00

Clear
SKU: IDSRS Category:
Description

Description

Syria, Ujian Bertimpa-timpa

Walaupun peperangan telah semakin reda, namun Syria sentiasa berhadapan dengan serangan udara yang akan muncul tanpa sebarang tanda dan sapa.

Seperti yang berlaku pada setiap kali Ramadhan, situasi di kem-kem pelarian akan ternanti-nanti bantuan makanan daripada rakyat Malaysia yang tidak sunyi dengan sifat pemurah dan penyanyang di sisi warga Syria ini.

Apa yang lebih memeritkan pada Ramadhan tahun ini, mereka berpuasa dalam cuaca yang sejuk dingin, bantuan makanan, kayu api dan pakaian sudah tentu amat diperlukan.

Keadaan yang sama juga berlaku di Damsyik, ibu kota Syria, walaupun mereka tidak berhadapan dengan serangan, tetapi keadaan mata wang Syria yang jatuh dengan begitu teruk sehingga memberikan kesan yang sangat besar di mana gaji bulanan mereka hanya sekitar RM50-RM100 sahaja, Allah…

Oleh yang demikian, mereka menghadapai pelbagai dugaan demi untuk meneruskan kehidupan di samping kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari tanpa mereka rasai dimanakah penghujungnya.

Jom bersama Muslim Care Malaysia, kita menaja juadah Iftar dan Sahur Ramadhan 1441H/2021 bagi diagihkan kepada orang Islam yang teramat memerlukan di Syria, yang terdiri daripada Mangsa-Mangsa Perang, Anak-Anak Yatim, Pelajar-Pelajar Susah, Fakir, Miskin dan golongan-golongan yang memerlukan.

Nabi S.A.W bersabda,

(( ‏إِذَا فَسَدَ أَهْلُ ‏الشَّامِ ، فَلَا خَيْرَ فِيكُمْ ، وَلَا يَزَالُ أُنَاسٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لَا يُبَالُونَ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ ))

“Apabila penduduk Syam telah rusak maka tidak ada lagi kebaikan di tengah-tengah kalian. Sekelompok dari umatku akan senantiasa mendapat pertolongan. Tidaklah membahayakan mereka orang yang mengabaikan mereka hingga kiamat terjadi.”
~Hadis Riwayat Muawiyah bin Abdullah dari ayahnya

Ayuh, marilah sama-sama kita bersama-sama membantu umat Islam di Syam seperti yang diwasiatkan Rasulullah untuk menjaga mereka sehingga akhir zaman dengan menyalurkan sumbangan anda melalui

Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jazakallah khairan.

Semoga Allah menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang tuan/puan lakukan.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00