Palestin Puasa Dalam Puasa

RM1.00RM1,000.00

Clear
SKU: PPDP Category:
Description

Description

Palestin… Puasa Dalam Puasa

Bunyinya agak pelik tetapi itulah realiti yang sedang dilalui sebahagian dari warga2 emas, anak2 kecil dan saudara2 kita di Palestin. Ramdhan hadir bagaikan tiada beza kerana sebelumnya mereka terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan makanan.

Dikepung oleh rejim zalim tanpa ehsan, disekat segalanya termasuk kebabasan bergerak, ada yang tanah milik mereka dirampas dan paling menyakitkan banyak kediaman telah dimusnahkan.

Dibulan yang mulia ini, ayuh bersama Muslim Care Malaysia Society kita hilangkan kelaparan yang sedang dihadapi oleh sebahagian dari rakyat Palestin. Bukan tidak mahu makan tetapi tiada apa untuk dimakan, itulah keadaannya di Palestin. Sebahagian dari kami “Ibarat terpaksa berpuasa dalam puasa” ujar Syeikh Abu Ayesh Ahmed An Najar wakil Muslim Care Malaysia yang menetap di Khan Younis, Gaza.

Hulurkan sebahagian dari rezeki yang kita milikki untuk membantu meringankan bebanan serta melapangkan kesempitan hidup mereka di bumi yang terletaknya qiblat pertama umat Islam dan bumi kelahiran Imam mazhab kita yakni Imam As Syafie.

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Muslims Care Malaysia Society
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00