PRAY 4 PALESTIN

RM5.00RM1,000.00

Clear
SKU: PRKK-1 Category:
Description

Description

Pray 4Palestin

Israel menyerang beratus-ratus penduduk Palestin yang sedang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa semalam, menyebabkan puluhan mangsa cedera.

Tentera Israel bertindak memasuki perkarangan masjid berkenaan di mana beribu-ribu orang Islam berkumpul untuk menunaikan solat pada bulan Ramadan. Penunjuk perasaan palestin kemudian membaling batu dan bunga api ke arah pasukan keselamatan Israel.

Tentera Israel membalas serangan dengan membedil peluru getah dan gas pemedih mata ke kawasan pekarangan masjid, menyebabkan 67 rakyat Palestin dan tiga anggota polis Israel cedera. Kejadian itu berlaku pada bulan suci Ramadan yang dikatakan bertindih dengan perayaan Paskah Yahudi.

Apa tindakan kita ketika Masjid Suci kedua umat Islam dicerobohi dan saudara kita di zalimi? Apa yang kita akan jawab dihadapan Allah swt? Mari bersama Muslim Care Malaysia dengan menyalurkan bantuan buat saudara kita di Palestin. #Pray4Palestin

Untuk menyumbang secara online, sila klik link di bawah atau klik pada butang “Donate Now”.

Semoga sumbangan kita semua diberkati dan dirahmati.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00