Back

PUSAT REHABILITASI KANAK-KANAK, HOSPITAL GHUSNU ZAITUN

RM5.00RM1,000.00

Clear
SKU: PRKK Category:
Description

Description

TRAUMA… MENANGIS, KETAWA DAN DIAM SENDIRIAN
“Selepas waktu Asar, setiap hari, pasti lelaki ini akan menangis sambil mengetuk kepalanya. Sementara rakan yang di sebelah beliau akan bertakbir ketakutan sewaktu tidur” perkongsian daripada Saudara Asim, penjaga sebuh penempatan yang memuatkan 20 orang termasuk warga emas yang trauma akibat kesan daripada sedekad peperangan yang berlaku di Syria.
Memori pahit yang terpahat bersama sebahagian daripada ribuan mangsa ini, terus menghantui dan mengganggu kehidupan mereka yang kami menyaksikan sendiri keperitannya semasa misi bantuan musim sejuk di Idlib, Syria pada bulan Disember yang lepas.
Tidak cukup menanggung kecederaan emosi, fizikal mereka juga tercedera dengan ada yang kehilangan anggota badan, kudung kaki dan tangan, termasuk buta penglihatan.
Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Olive Branch Education District (sebuah badan berkuasa di Turki bagi urusan bantuan) akan membangunkan sebuah PUSAT REHABILITASI KANAK-KANAK, HOSPITAL GHUSNU ZAITUN di Wilayah Afrin yang berada di dalam zon pengawasan kerajaan Turki.
Pusat ini khusus bagi menguruskan pemulihan mangsa-mangsa trauma akibat peperangan, terutamanya bagi membantu memulihkan kehidupan demi mendapatkan masa depan yang lebih baik untuk sekelompok kanak-kanak yang cukup ramai kerana ahli keluarga dan rakan-rakan mereka telah dibunuh di depan mata mereka sendiri.
Kerjasama ini adalah sebagai suatu penghargaan daripada kerajaan Turki kepada rakyat Malaysia, melalui Muslim Care Malaysia yang telah diiktiraf oleh kerajaan Turki kerana telah terlibat secara langsung dalam membantu rakyat Syria dalam bidang kemanusiaan, pendidikan dan juga kesihatan.
Projek pembangunan ini memerlukan RM100k dan Muslim Care Malaysia menjemput seluruh umat Islam untuk sama-sama berwakaf dan menyumbang bagi membangunkan pusat pemulihan ini.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,
“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”
Rasulullah menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”
(Hadis riwayat at-Thabrani)

Untuk menyumbang secara online, sila klik link di bawah atau klik pada butang “Donate Now”.

Semoga sumbangan kita semua diberkati dan dirahmati.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00