Description
Rumah Asnaf Kuala Ketil
Muslim Care Malaysia (MCM) mengajak orang ramai membantu saudara kita, En Hadi dengan menyalurkan sumbangan ke Dana Pembinaan Rumah, En Hadi (Rumah Asnaf Kuala Ketil), MCM.
Sumbangan anda akan sedikit sebanyak membantu saudara Hadi untuk menjalani hidup dengan lebih selesa dan selamat memandangkan rumah sedia ada kelihatan sangat uzur dan daif.
Dengan sumbangan yang diberikan, pihak MCM akan menggunakan sumbangan tersebut untuk membina kembali rumah En Hadi dengan keadaan yang lebih selesa dan selamat.
Kami sekali lagi merayu sumbangan orang ramai bagi sama-sama membantu saudara Hadi untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang lebih baik dan dapat memberi perlindungan terhadap keluarga beliau sendiri dengan lebih teratur dan selamat untuk didiami.
عن جابر بن عبدالله، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من بنى مسجدا لله، كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى الله له بيتا فى الجنة. {رواه الإمام ابن ماجه}
Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.
Sumbangan anda adalah amat penting dan sangat bermakna. Setiap individu atau organisasi boleh menyalurkan sumbangan mereka melalui MCM dengan klik butang “Donate Now” seperti dibawah.
Semoga Bantuan ini akan menjadi asbab untuk kita sama-sama berjuang dan berbakti kepada warga asnaf yang sangat memerlukan.
Untuk menyumbang secara online, sila klik link di bawah atau klik pada butang “Donate Now”.
Semoga sumbangan kita semua diberkati dan dirahmati.