Back

Tabung Kemanusiaan Afghanistan

RM1.00RM1,000.00

Clear
SKU: TKA Category:
Description

Description

RAKYAT AFGHANISTAN DI AMBANG KEBULURAN

Alhamdulillah, sebagai umat Islam kita turut melahirkan rasa gembira apabila Afghanistan telah mencapai kemerdekaan dan berjaya mengusir keluar penjajah dengan di daerahnya. Setelah 20 tahun dijajah, kini Afghanistan kembali diperintah oleh umat Islam dari kalangan rakyatnya sendiri yang kini berdepan dengan situasi negara yang agak rumit disamping propaganda yang memburukkan kerajaan yang baru mendapat mandat pemerintahan.

Berpenduduk seramai 40 juta orang dan berhadapan dengan pelbagai krisis kemanusian dan bencana akibat peperangan yang sangat panjang dalam usaha mengusir penjajah keluar dari tanah air. Hari ini dilaporkan hampir 18.2 juta penduduknya sedang berdepan dengan pelbagai masalah khususnya kanak-kanak yang kelaparan disamping kekurangan zat dan susu. Turut terkesan adalah golongan warga emas yang terpaksa berpindah randah bagi menyelamatkan diri dari menjadi mangsa peperangan.

Musim sejuk hampir menjelang dengan kesejukan mencecah antara -10C -12C yang pastinya menjadi ancaman kepada mereka yang terlibat khususnya kanak-kanak dan warga emas yang kebanyakan tidak memiliki tempat berlindung yang sempurna.

Sehubungan itu Muslim Care Malaysia Soceity dengan kerjasama NGO tempatan akan berusaha membantu saudara seakidah kita di sana dalam menghadapi kesempitan dan kepayahan hidup yang sedang dilalui. Sasaran dana sebanyak RM1,000,000 (satu juta ringgit sahaja) bagi membiayai keperluan semasa di Afghanistan khususnya kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan pakaian, makanan dan perlindungan.

Firman Allah SWT;

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat maaruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.” [4:114]

Muslim Care Malaysia Society mengajak seluruh umat Islam yang bersimpati di atas apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afghanistan, untuk turut bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi memberikan segaris senyuman kegembiraan di wajah mereka.

INFAQ SECARA ONLINE, KLIK BUTTON DONATE/ PAY NOW

SEBARKAN SEBAGAI SATU JARIAH

#MuslimCareMalaysia
#BantuanKemanusiaanMerentasiSempadan

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00