Back

TABUNG QURBAN AKIKAH 2021

RM350.00RM1,500.00

Bagi tahun 2021, Muslim Care Malaysia menyediakan beberapa pilihan untuk umat Islam melaksanakan ibadah Qurban di Malaysia, Kemboja, India, Nepal, Chad, Thailand, Mindanao, Vietnam, Palestin, Syria, Yaman, Nigeria, Poland, Tanzania dan Mekah.

Clear
SKU: QA2021 Category:
Description

Description

Sabda Rasulullah SAW

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam iaitu sebagai sunat Muakkadah. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun pada 10 Zulhijjah iaitu pada Hari Raya Idul Adha dan Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Saban tahun Muslim Care Malaysia tidak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah Qurban bagi umat Islam yang ingin menurut serta mengerjakan ibadah Qurban di Malaysia dan juga bagi yang mencari alternatif untuk melaksanakan ibadah Qurban di luar negara.

Bagi tahun 2021, Muslim Care Malaysia menyediakan beberapa pilihan untuk umat Islam melaksanakan ibadah Qurban di Malaysia, Kemboja, India, Nepal, Chad, Thailand, Mindanao, Vietnam, Palestin, Syria, Yaman, Nigeria, Poland, Tanzania dan Mekah.

Nota. Dibahagian pembayaran, sila masukkan ayat berikut di ruangan Order Notes

LAFAZ QURBAN :
Saya mewakilkan kepada MUSLIM CARE MALAYSIA untuk menyempurnakan ibadah Qurban saya bagi tahun 2021/1442H kerana Allah SWT. Lebihan dari wang tersebut saya izinkan untuk digunakan bagi tujuan pengurusan dan dakwah.

-NAMA PESERTA (Sekiranya berbeza)
-KAMBING/ LEMBU:
-NILAI:

Additional information

Additional information

Qurban Pakej 2021

Pakej A – Semenanjung/ Sabah (Lembu), Pakej A – Sarawak (Lembu), Pakej A – Semenanjung/ Sabah (Kambing), Pakej A – Sarawak (Kambing), Pakej B – Kemboja (Lembu), Pakej C – India/ Nepal (Lembu), Pakej C – Chad (Kambing/ Biri-Biri), Pakej D – Thailand/Mindanao/Vietnam (Lembu), Pakej D – Tanzania/Mekah/Vietnam/Rohingya/Eriteria (Kambing/Biri-biri)), Pakej E – Yaman/Poland/Nigeria (Kambing), Pakej F – Syria (Lembu), Pakej F – Syria (Kambing), Pakej G – Palenstin (Lembu), Pakej G – Palenstin (Kambing)