Back
Sold out

Tabung Rawatan Jantung Bob Lokman

RM10.00RM1,000.00

Clear
SKU: RJBL Category:
Description

Description

Jantung Bob Lokman Perlukan Rawatan Segera

Bob Lokman seorang aktivis bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia kini sedang berada di hospital HUSM Kubang Kerian akibat komplikasi jantung. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak HUSM, beliau perlu menjalani pembedahan dalam keadaan segera dalam tempoh sebulan dari hari ini 27/11/20.
Pembedahan tersebut bagi memasang IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator)
Sejenis alat untuk mengawal degupan jantung.

Kos pembedahan dianggarkan sejumlah RM60k dan perlu dijelaskan segera sebelum proses pembedahan.

Sehubungan itu, kami merayu kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama sama menyumbang untuk mencukupkan dana yang diperlu.

Nabi ﷺ pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662).

Rasulullah ﷺ bersabda:

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

HR. Tirmidzi

Semoga dengan sumbangan yang diberikan membolehkan pembedahan dijalankan segera serta mengembalikan kesihatan abang Bob Lokman seperti sediakala. Juga didoakan agar sumbangan yang dihulurkan turut menjadi penawar kepada segala ujian kesihatan serta diampunkan segala dosa bagi yang menyumbang in sha Allah.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00