Back

TAJAAN PENDIDIKAN SYRIA

RM5.00RM1,000.00

Clear
SKU: TPS Categories: ,
Description

Description

TAJAAN KITA KEJAYAAN MEREKA
Alhamdulillah 25 orang pelajar dikalangan anak2 pelarian Syria dibawah tajaan Muslim Care Malaysia telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti2 Turki dalam pelbagai bidang termasuk kedoktoran dan kejuruteraan.
Demikianlah hasil sumbangan rakyat Malaysia selama ini dan kini seramai 700 orang pelajar yang sedang belajar di International Islamic School, Muslim Care Malaysia di Idlib, Syria memerlukan tajaan kita dengan hanya RM100 sebulan atau RM1,200 setahun. Pendidikan ini adalah sangat penting dalam membangunkan kembali Syria yang pada ketika ini hampir keseluruhan sistem yang ada telah musnah.
Selama hampir 10 tahun Muslim Care Malaysia telah menguruskan program pendidikan yang sehingga kini lebih 22,000 anak2 pelarian Syria yang berada di dalam Syria dan Turkey telah mendapat manfaat. Semua operasi ini adalah dengan tajaan dan sumbangan rakyat Malaysia sepenuhnya melalui Muslim Care Malaysia.
Sabda Nabi SAW;
والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخي
” dan Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya”
(Riwayat Muslim)
Ayuh bersama kita menaja pendidikan anak2 ini yang mana dengan Ilmu yang diperolehi akan menyelamatkan mereka dari kejahilan disamping menjadi saham akhirat buat kita yang menyumbang insyaallah.

Untuk menyumbang secara online, sila klik link di bawah atau klik pada butang “Donate Now”.

Semoga sumbangan kita semua diberkati dan dirahmati.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00