Back

Waqaf Telaga Air Hulu Tembeling

RM5.00RM1,000.00

Clear
SKU: WTAHT Category:
Description

Description

Waqaf Telaga Air Hulu Tembeling

Muslim Care Malaysia (MCM) mengajak orang ramai membantu penduduk Hulu Tembeling dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Waqaf Telaga Air Hulu Tembeling, MCM.

Keadaan saluran air yang tersumbat serta paras air telaga yang cetek amat menyukarkan masyarakat kampung sekitar Hulu Tembiling pada masa ini.

Kami sekali lagi merayu sumbangan orang ramai bagi sama-sama membantu masyarakat Hulu Tembeling yang amat memerlukan bukan sahaja punca air tetapi air yang bersih bagi meneruskan hidup dan memudahkan aktiviti seharian mereka.

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su’ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sumbangan anda adalah amat penting dan sangat bermakna. Setiap individu atau organisasi boleh menyalurkan sumbangan mereka melalui MCM dengan klik butang “Donate Now” seperti dibawah.

Semoga Bantuan ini akan menjadi asbab untuk kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di Hulu Tembeling yang mengalami kesusahan untuk mendapatkan punca air bersih yang berdekatan.

Untuk menyumbang secara online, sila klik link di bawah atau klik pada butang “Donate Now”.

Semoga sumbangan kita semua diberkati dan dirahmati.

Additional information

Additional information

Sumbangan

RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00, RM100.00, RM500.00, RM1,000.00